History : 9 tahun berturut-turut mempertahankan UPSR | Terengganu Daily

History : 9 tahun berturut-turut mempertahankan UPSR

upsr-2009

Hari ini dalam sejarah apabila Terengganu muncul sebagai negeri yang sentiasa kekal prestasinya dalam bidang pedidikan. malah prestasi dalam pendidikan sentiasa meningkat dari masa ke semasa. keberkesanan dalam bidang pedidikan ini cuba ditonjolkan kepada masyarakat luar negeri Terengganu. Antara yang dapat ditonjolkan ialah Johan 9 tahun berturut-turut UPSR di Negeri Terengganu.  Lebih membanggakan, Terengganu sebenarnya sudah mempertahankan kecemerlangan sebagai terbaik UPSR selama 9 tahun berturut-turut, sekali gus mencatat satu rekod negara.

PgrhJPNT Bagi Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Ariffin Embong, kejayaan dicapai adalah hasil usaha gigih semua pihak bukan saja di kalangan warga pendidik, malah berkat sokongan padu barisan kepemimpinan kerajaan negeri terutama Menteri Besar, ibu bapa dan murid.

 

 

Pengarah JPNT, Haji Ariffin Embong, berkata keputusan UPSR kali ini juga meningkat dalam pencapaian minimum C kepada 68.8 peratus.

Katanya, nilai gred purata negeri (GPN) juga meningkat kepada 2.22, nilai ini mengatasi pencapaian tahun lalu (2.24), selain mengatasi GPN peringkat nasional yang mencatat 2.33.

Beliau berkata, daripada keseluruhan mata pelajaran, Matematik dan Sains menunjukkan peningkatan baik apabila pada tahun ini, sebanyak 34.6 peratus mendapat A subjek Matematik berbanding 30.6 peratus pada 2008. Manakala Sains meningkat 7.8 peratus berbanding 21.8 peratus pada tahun lalu.

“Walaupun sasaran kita 20 peratus A tidak tercapai, keputusan 15.3 peratus mendapat semua A merupakan yang terbaik berbanding pencapaian negeri lain setakat yang dimaklumkan

“Kejayaan ini adalah hasil usaha, kerjasama dan perancangan rapi semua pihak terutama guru, murid, pentadbir sekolah, ibu bapa, komuniti masyarakat dan juga pegawai-pegawai jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan Pejabat Pelajaran Daerah,” katanya ketika sidang akhbar Pengumuman Keputusan UPSR 2009, di JPNT, hari ini.

Sementara sekolah yang berprestasi tinggi berdasarkan GPN sekolah seperti Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud apabila 47.02 peratus daripada 168 calonnya memperolehi semua A.

Manakala 39.6 peratus daripada 101 calon dari SK Tengku Mahmud II memperolehi semua A.

Dalam pada itu, SK Sultan Sulaiman II muncul sekolah terbaik di Kuala Terengganu apabila 51 calonnya memperolehi semua A berbanding 42 calon pada tahun lalu.
Menurut Guru Besar SKSS II, Haji Ahmad Muda, jumlah calon yang mendapat A meningkat 5 peratus pada tahun ini berbanding 2008 lalu , selain melebihi sasaran 50 murid mendapat 5A .

Katanya, kejayaan cemerlang itu terhasil menerusi pelan strategik bermula awal tahun, selain penekanan akademik murid sejak tahap satu melalui kelas tambahan yang bersistem.

Info dari : teganukita.blogspot.com

Facebook comments:

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment